Wednesday, August 28, 2013

Risiko Cacar Air Ketika Hamil

0 comments


Cacar air (chicken pox) boleh menjadi lebih teruk jika anda dijangkiti ketika sedang hamil, dan anda lebih berkemungkinan untuk mengalami komplikasi yang berbahaya seperti radang paru-paru (pneumonia). Oleh itu, penting bagi anda memaklumkan kepada doktor jika anda mengalami masalah pernafasan atau simptom-simptom baru yang lain semasa anda menghidap cacar air.

Doktor mungkin akan mencadangkan anda mengambil acyclovir, iaitu rawatan antivirus yang mengurangkan simptom-simptom cacar air dan memendekkan tempoh penyembuhan. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya rawatan ini dimulakan dalam masa 24 jam daripada anda mula mendapat ruam.

Jika usia kehamilan anda di bawah 20 minggu, doktor mungkin tidak mengesyorkannya kerana terdapat risiko ubat tersebut boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Menghidap cacar air semasa hamil tidak meningkatkan risiko keguguran dalam trimester pertama, tetapi masalah mungkin berlaku jika virus ini menjejaskan bayi anda semasa dalam kandungan atau semasa baru dilahirkan. Masalah-masalahnya termasuklah kecacatan semasa lahir seperti parut, masalah mata dan anggota badan yang pendek.

Risiko cacar air membahayakan bayi bergantung kepada masa anda dijangkiti virus tersebut. Jika anda dijangkiti sebelum minggu ke-13, risikonya sangat rendah, dengan hanya setengah peratus bayi menerima kesan sampingannya. Pada minggu ke-13 dan ke-20, risikonya meningkat sedikit hingga kurang sedikit daripada satu peratus bayi yang terjejas. Pada minggu ke-20 dan ke-36 kehamilan, bayi anda berkemungkinan besar tidak akan terjejas. Sebaliknya, dia mungkin akan mendapat kayap dalam beberapa tahun pertamanya. Selepas minggu ke-36, risikonya meningkat sekali lagi. Jika anda dijangkiti pada masa ini, maka bayi anda mempunyai satu dalam dua kemungkinan turut dijangkiti, tetapi simptom-simptomnya mungkin tidak muncul kerana pelalian dalam badan anda telah disalurkan kepadanya. Jika anda mendapat cacar air tujuh hari sebelum atau selepas melahirkan, bayi anda berada dalam risiko yang serius kerana dia tidak akan menerima banyak antibodi daripada anda untuk meningkatkan sistem imunnya.

Sekiranya anda termasuk dalam kes yang terakhir, bayi anda akan diberi suntikan varicella-zoster immune globulin (VZIG) yang mengandungi antibodi terhadap cacar air. Kira-kira separuh daripada bayi dalam kategori ini akan mendapat cacar air tetapi VZIG akan melemahkan simptom-simptomnya. Rawatan antiviral menggunakan acyclovir juga merupakan satu pilihan bagi bayi-bayi baru lahir yang mendapat cacar air.

Jika anda tidak pasti sama ada anda pernah mendapat cacar air sebelum ini ataupun belum, doktor anda boleh menjalankan ujian darah untuk memeriksa sekiranya anda mempunyai antibodi terhadap cacar air. Lebih cepat ujian ini dilakukan selepas pendedahan terhadap virus ini, lebih baik, kerana keputusan makmal mungkin mengambil masa di antara 24 hingga 48 jam.

Jika keputusannya menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai antibodi terhadap virus ini, doktor anda akan memantau kes anda dan mungkin mencadangkan supaya anda mengambil suntikan VZIG untuk melindungi anda dan bayi anda.

VZIG akan mengurangkan keterukan jangkitan, tetapi anda perlu mengambilnya dalam masa 10 hari selepas dijangkiti untuk memastikan ia berkesan. Jika anda masih mendapat ruam, maklumkan perkara ini kepada doktor anda secepat mungkin.

Sekiranya, dalam masa tiga minggu atau lebih selepas mengambil VZIG, anda bersentuhan sekali lagi dengan seseorang yang menghidap cacar air atau kayap, anda mungkin perlukan satu lagi dos vaksin tersebut.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130728/kn_01/Risiko-cacar-air-ketika-hamil#ixzz2dKUhVEyA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Khasiat Jus Pati Buah Delima

0 comments


Jus Pati Buah Delima

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).
Pati Delima Gulsan Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah :

Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melancarkan peredaran darah
Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan
Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi
Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
Merapatkan  rahim dan juga menyuburkan rahim
Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
Awet muda
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua & dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung
Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin.
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.

Penggunaan Bawang Putih Sebagai Penawar Demam Selsema

0 comments


Anda tentu biasa mengalami mengalami demam selsema. Semua orang pasti rimas bila cecair sentiasa mengalir turun melalui hidung tidak henti-2. Pada mulanya anda tidak melakukan apa-2 dengan membiarkan saja keadaan itu. Tapi apabila ia semakin kerap dan mengganggu aktiviti seharian ,anda mula ingin melakukan sesuatu agar ia dapat dipulihkan secara semulajadi.

Kaedah mudah:

Anda ambil 2 ulas bawang putih mentah, hancurkan kedua-2nya sekali dengan lesung batu (sejenis alat tradisional - anda boleh gunakan pengisar dengan mencampurkan sedikit air bertapis), kemudian saya tambahkan air bertapis. Kacau hingga ia melarut, kemudian gunakan penapis dan tuang ia ke dalam gelas atau cawan. Air yang sudah dituang itu diminum segera. Memang rasa tekak sedikit pedas dan tidak menyenangkan, tapi sebenarnya air itu mengandungi unsur-unsur anti-bakteria dan anti-jangkitan yang membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh. Saya mula rasa selesa selepas setengah jam minum air bawang putih mentah ini. Cecair tidak lagi turun meleleh melalui hidung.

Bagi yang tidak sanggup minum air bawang putih mentah, anda boleh cuba potong halus-halus kemudian letakkan di dalam roti untuk dibakar. Boleh campur sedikit gula dan butter untuk menyedapkan rasa.

Fungsinya sama atau lebih baik dari makan ubat selsema dan parasetamol.

Khasiat Cuka Epal Untuk Badan

1 comments


Cuka Epal atau Apple cider vinegar atau dikenali sebagai ACV adalah sejenis cuka yang dibuat dari epal dan warnanya dari kuning pucat hingga warna seperti amber. ACV telah digunakan dalam masakan dan perubatan sejak zaman purba lagi. Tulisan Assyria kuno (antara teks tertua di dunia) merujuk ACV untuk merawat sakit telinga. Hippocrates, yang sering digelar 'bapa perubatan moden' juga pernah didapati menetapkan ACV sebagai sebahagian kaedah rawatan. Juga disebut dalam banyak teks zaman dahulu yang menyatakan sebagai penawar untuk berbagai jenis penyakit. 

Epal diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada kita. Ia mengandungi semua nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat dan mineral. Maka ungkapan yang mengatakan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda dari doktor' memang tepat sekali. Ramai yang menganggap ACV adalah penyediaan terbaik dari buah epal. 

ACV organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan ACV yang anda dapati di kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak merbahaya. 


Jika terdapat ibu cuka (biasanya pada botol ACV dilabelkan dengan perkataan 'with the Mother'), ia menandakan kehadiran faedah kesihatan yang tidak terkira. Ia menguatkan sistem pertahanan tubuh. Secara khususnya, ia membantu peredaran darah dengan penipisan sel darah dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit arthritis. 

Apabila diambil setiap pagi, ACV bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka. Apabila disapu pada kulit, ia boleh melegakan gatal-gatal dan ruam. 

ACV juga boleh membantu menurunkan berat badan. Ia membantu mengurangkan lemak berlebihan di dalam sel-sel dan mengurangkan selulit. Adalah sangat baik jika mengamalkan kira-kira dua sudu teh ACV setiap pagi dicampurkan dengan segelas air dan sedikit madu lebah untuk mengurangkan rasa masam cuka.  

Begitulah sebahagian dari manfaat yang didaapati dari ACV. Tetapi untuk mendapat khasiat yang sebenar, selain memastikan ia organik, anda mestilah memilih ACV yang mengandungi 'Mother' atau ibu cuka. Kehadiran bahan berlendir atau ketulan-ketulan yang kelihatan di dalam botol memberitahu pengguna bahawa ia mengandungi ibu cuka. Ia mungkin kelihatan meloyakan tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan. Inilah kaedah detox yang sebenar dan berkesan, bukan dengan merendamkan kaki ke dalam larutan garam dan melalukan arus elektrik. 


Gambar menunjukkan perbezaan dua jenis ACV, yang di atas adalah jenis ORGANIK jenama Solana Gold dan BRAGG yang mengandungi 'mother' berwarna pekat manakala di bawah ini BUKAN ORGANIK yang telah ditapis berwarna jernih keemasan.   

Untuk panduan pembaca sekelian, ACV jenama Solana Gold dan BRAGG adalah disyorkan kerana kedua-duanya ACV ORGANIK dan boleh ditemui di rak barangan organik di pasaraya Jusco/AEON di seluruh negara. Harga untuk botol setengah liter hanya RM12.  Kedua-duanya diimport dari AS.

Elakkan dari membeli ACV murah tanpa perkataan 'with the Mother' seperti di bawah. 



............................................................................................

Status ACV Dalam Islam 
Dalam dunia Islam, masih terdapat percanggahan pendapat di kalangan ulama tentang status halal haram ACV. Ini kerana ia bermula dari perahan kemudian menjadi alkohol lalu selepas itu berubah pula menjadi cuka. Memandangkan ia TIDAK MEMABUKKAN sebaliknya mendatangkan lebih BANYAK KHASIAT dan FAEDAH kesihatan, kenapa ia perlu diharamkan.  Yang pasti, produk terakhirnya ialah dalam bentuk cuka, bukan lagi dalam keadaan alkohol. Pihak TSM mengambil pendirian dan percaya kepada pendapat ulama yang mengatakan ianya adalah HARUS.

Ada terdapat banyak riwayat Rasulullah berkenaan cuka. Berikut antara riwayat yang pernah diceritakan oleh para sahabat;
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim

"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja
Daripada Jabir r.a :
"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "
(Hadith riwayat Muslim no.2052)
- Sumber The Secret Medicines

Rawatan Mudah Dan Murah Untuk Penyakit Gout

1 comments


Bagi penderita gout, masih ramai lagi yang tak sedar akan penawar yang pantas dan berkesan untuk merawat kesakitan boleh diperolehi dengan harga yang murah dan lebih mengejutkan, ia boleh dibeli di kedai-kedai runcit, bukan saja dari farmasi atau klinik. 

Pesakit gout menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Segalanya bergerak perlahan. Sebahagian aktiviti yang dilakukan selama ini terpaksa dikurangkan atau dihentikan terus. Lebih-lebih lagi mereka yang menerima serangan gout di bahagian kaki. Ia menyebabkan segala aktiviti seharian mereka terbatas. Ada yang tidak boleh berjalan atau terpaksa menggunakan tongkat. Ada pula yang menggunakan kerusi roda. 

Jika pergi ke klinik atau hospital, sudah tentu doktor akan berikan ubat ibuprofen atau colchicine atau yang seangkatan dengannya untuk mengurangkan gejala kesakitan pada anggota tubuh yang diserang. Ibuprofen boleh mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya seperti serangan jantung dan strok jika digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dalaman di dalam perut. Keadaan seperti ini semuanya boleh membawa maut.

Colchicine berfungsi mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat pengumpulan asid urik yang berlebihan. Perlu diketahui hanya jenama Colcrys sahaja yang mendapat kelulusan FDA untuk ubat colchicine ini. Jika anda menggunakan colchicine dalam tempoh yang lama, darah anda perlu diperiksa selalu. Ubat ini tidak sesuai untuk penderita penyakit buah pinggang dan hati.

Maka untuk mengelak dari mendapat semua kesan sampingan di atas, TSM ingin memberikan panduan kepada penderita gout untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik dan tiada kesan sampingan dalam merawat atau mengurangkan kesakitan gout.

Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk merawat gout dari rumah dan ia boleh disediakan sendiri oleh penderita gout:
1. air alkali seperti jenama ECPI (TSM tidak menerima sebarang imbuhan dengan mempromosi jenama ini)
2. cuka epal
3. madu lebah 
4. air bertapis 

Air Alkali 
Kesakitan gout disebabkan pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam darah dan akhirnya ia berkumpul dan membentuk kristal tajam yang menyebabakan penderita merasa sakit yang amat sangat pada bahagian sendi yang diserang. Oleh itu, tubuh pesakit memerlukan bahan yang bersifat alkali untuk membantu memberi keseimbangan asid-alkali dalam tubuh.

Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) 
Cuka epal terhasil dari proses fermentasi (penapaian) buah epal. Cuka epal membantu meleraikan makanan di dalam tubuh dan mengelak bakteria merbahaya dari berkembang biak, membantu mempertahankan dari jangkitan dan membersihkan darah serta melancarkan peredaran darah. Ia juga memastikan kesihatan buah pinggang. Ia memecahkan kristal yang terbentuk dalam buah pinggang akibat pengumpulan asid berlebihan dan melarutkannya. Cuka epal ini tinggi kandungan pectin dan pelbagai mineral, vitamin serta beta-kerotina (yang melawan radikal bebas dan membantu pertumbuhan sel-sel baru), ketones potassium (membuang toksin dan mengawal tekanan darah), asid malic dan asid asetik (melawan jangkitan kulat dan melegakan dari kesakitan sendi). Asid malic juga meleraikan asid urik dan mebantu mengeluarkan ia dari tubuh. Asid amino pula bertindak sebagai antibiotik dan antiseptik yang mengurangkan tahap toksik dalam tubuh. 

Berikut ialah resepi untuk mengurangkan kesakitan gout pada kadar segera:
a. 1/2 liter air alkali - diminum terus 
b. 1 sudu teh madu lebah
c. 2 sudu makan cuka epal
d. 1 gelas air masak bertapis

Mula-mula sekali, minum air alkali sebanyak setengah liter. Selepas habis minum, mulakan dengan resepi merawat gout. Campurkan kesemua bahan b, c,  dan d di atas (seeloknya gunakan air suam untuk melarutkan campuran). Minum setiap pagi, petang dan sebelum tidur, insyaallah anda tidak lagi akan diserang kesakitan dan jika diamalkan secara berterusan, anda akan dijauhkan dari penyakit gout dan arthritis.

(perlu diketahui bahawa cuka epal mempunyai tahap keasidan yang tinggi dan menghakis gigi, maka sebaiknya gosok gigi sebelum tidur dan selepas meminum resepi di atas.)  

Kesannya mungkin berbeza mengikut individu tetapi bukti yang diperolehi oleh TSM, ia mula menunjukkan kesan positif selepas 20 minit meminumnya dan penderita gout yang mengamalkan cara ini memakan udang pada malamnya tetapi tiada serangan gout pada esok paginya.Inilah sebahagian keajaiban dari alam semulajadi yang masih belum ramai orang memperakuinya. 

Anda tidak perlukan ibuprofen atau colchicine dan bebas dari kesan sampingan.Buah pinggang anda juga selamat dari kerosakan.

Sumber The Secret Medicines

Sunday, August 25, 2013

Khasiat Habbatussauda atau Black Seed

0 comments


Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA.  Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black  Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .

Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan  bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu  melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.

Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.
BUKTI KEHEBATANNYA

Khasiat Habbatussauda bukan cakap cakap kosong.Ia disokong pelbagai kajian dan siasatan termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat.

Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.

Disamping itu ramai lagi saintists yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antara bangsa.Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatussauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik.kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’,debuan dan habuk,jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.


Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.

Mereka juga mendapati Habbatussauda berupaya memusnahkan sel sel tumordan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.

Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.

Pakar perubatan dan saintis menamakannya The Black Seed, Black Cumin, Black Caraway ,Nigella Sativa. Hakikatnya itulah HABBATUSSAUDA.



Ibnu Sina

Ada yang menggelarnya The Back Seed .Itu Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu , bijian yang mempunyai berkat. Dalam bahasa Arab, Habbatul Barakah. Jelas bahan yang sama itu HABBATUSAUDDA.

Hasil kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu HABBATUSAUDDA ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kunor Mesir dan Greek dengan berkesan .

Malah tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedokteran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu.

Namun pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhamamd sallallah alaihi wassalam : Sesungguhnya Habatussaudah itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati.

UBAT PELBAGAI PENYAKIT

Apa wujud kah bahan yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit? Jawapannya mudah. Memang ada. Habbatussauda namanya.

Apa yang mampu dibuat Habbatussauda? Banyak sebenarnya. Ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekali gus mencegah tubuh diserangi penyakit.

Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk system kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.

Dengan meningkat fungsi system kekebalan tubuh, Habbatussauda berperanan penting dalam penyembuhan KANSER dan AIDS, dua penyakit yang paling digeruni.



Kromosom antibodi

Habbatussauda bertindak juga sebagai anti biotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX , penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul.

Mampu bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit ASMA.

Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES atau kencing manis.

Di samping itu Habbatussauda juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.

BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK?

Dengan komponen komponennya, Habbatussauda bertindak ;

+ Mengeluarkan penyakit ( bersifat medikal)

+ Menenangkan tubuh supaya beristirahat

+ Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh

Cara Buat Teh Tarik Ala Kedai Mamak?

0 comments



BAHAN-BAHAN:
1. Serbuk Teh Tarik Boh. Jangan tersilap beli teh Boh yang tidak ada tulis teh tarik, itu salah, itu sesuai untuk buat teh O saja.
2. Tapis yang diperbuat dari kain putih untuk merendam teh.
3. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.
4. Susu pekat manis, sebaiknya jenama cap Teko atau F&N sahaja. Guna susu lain pun boleh tetapi kurang  enak, kalau di rumah, susu lain pun boleh. Disyorkan pada peniaga kedai makan, gunakan susu cap Teko atau F&N kalau untuk buat teh tarik. Kalau untuk buat milo atau kopi boleh guna susu jenama lain yang lebih murah.
4. Sudu teh (sudu kecil).

CARA BUAT:
Ambil satu sudu teh serbuk teh. Rendam dalam tapis dan diletakkan di dalam cawan (kalau nak minum ramai, gunakan teko). Rendam lebih kurang seminit, pastikan air menjadi hitam. Selepas itu, angkat tapis. Selepas itu, letak susu 3-4 sudu kecil.

Pastikan rasanya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Kacau dan tarik dengan menggunakan satu lagi cawan (kalau boleh cawan yang satu lagi lebih besar). 2-3 kali tarik sahaja dan siap untuk diminum... Emmmmpp......... pasti sedap rasanya.

Perhatian dan Pantang Larang
1. Jangan minum teh tarik kalau ke  kedai tomyam yang peniaganya orang Siam, biasa teh tak sedap. Kalau pegi, minum teh O saja.
2. Teh tarik sedap di kebanyakan kedai mamak, tapi bukan semua kedai mamak tehnya sedap. Kalau anda tinggal di sekitar Bandar Baru Uda, sila ke kedai mamak di Jalan Persiaran Tanjong Bukit Alif, belakang Shell. Teh tariknya sedap.
3. Ada banyak juga warung Melayu yang teh tariknya sedap, anda kena biasakan mencuba dahulu, baru tahu.
4. Kalau anda tidak biasa pergi ke sesuatu kedai, jangan terlalu cepat minta teh tarik. Seeloknya tengok orang lain yang minum teh tarik. Tengok gelas orang itu, kalau tehnya cair saja atau terlebih susu, jangan minum teh di situ.
5. Teh tarik yang dibuat mengikut kaedah yang betul, tidak akan menyebabkan kita sakit perut kalau minum.
6  Jangan letak air suam atau air sejuk. Kalau tak suka minum panas, pun kena guna air panas juga, kemudian sejukkan.
7. Ada orang kata, banyak minum teh tarik boleh menyebabkan kita kena sakit kencing manis. Saya rasa ini tidak betul, saya mesti minum teh tarik setiap pagi. Kadang-kadang dalam sehari sehingga 3 gelas teh tarik kalau dikira dengan sebelah petang dan malam. Minggu lepas saya periksa kandungan gula saya pada paras yang normal (5.5).
8. Satu perkara yang perlu diingat, minum teh tarik setiap hari boleh menggemukkan. Kalau boleh, minum pada sebelah  pagi saja satu gelas.
9. Seeloknya buat sendiri teh tarik di rumah. Sekilo serbuk teh tarik Boh harganya RM 12.00, boleh tahan lebih 6 bulan seperti di rumah saya. SELAMAT MENCUBA

Batu Karang Pada Hempdedu

0 comments
Contoh Batu Hempedu
Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang."Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar."Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


Simptom-simptom


  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

    Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

    "Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

    Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

    "Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

    "Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Diagnosis

Dr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.

"Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal.

"Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan

  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

    Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Bukan pembedahan

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
  • Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  • Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

[size=85%]Oleh: Shafinaz Sheikh Maznan, Utusan Malaysia
Dr. Abd. Hamid Mat Sain
Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan

Rawatan batu Hempedu Secara Alternatif

2 comments


PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak. Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya.
Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.

Gejala Batu Hempedu
Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala/sakit. Antara gejala penyakit batu hempedu ialah :
Sakit pada bahagian atas perut
Terasa perut kembung selepas makan, terutamanya apabila makan makanan yang berlemak.
Mata dan kulit menjadi kekuning (tahap kritikal dan tak sesuai untuk rawatan alternative ini, seelok-eloknya terus mendapatkan rawatan di hospital)
Loya dan muntah

Bahan Yang Diperlukan :
2 cawan minyak zaitun tulin (Boleh beli kat pasaraya. i.e. Jusco)
1 cawan jus lemon segar yang diperah.
Jus nenas/anggur

Kaedah :
Pilih 2 hari yang sesuai untuk melakukan rawatan. Satu hari untuk rawatan dan sehari untuk berehat setelah melakukan rawatan.

Pukul 12 tengah hari pada hari rawatan
Berhenti daripada makan makanan pepejal. Minum jus buah-buahan sebanyak mana yang boleh. Digalakkan meminum jus apple hijau segar.

Pukul 6.30 pm
Berhenti daripada meminum sebarang minuman/air.

Pukul 7.00 pm

1.       Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum.
2.       Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit.
3.       Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit.
4.       Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum.
5.       Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum).
6.       Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelab atau hitam. Itulah batu hempedu.

Nota :
1.       Jika terasa nak muntah semasa meminum minyak zaitun dan jus lemon, anda boleh meminum sedikit jus nenas/anggur.
2.      Jika terasa sukar untuk meminum minyak zaitun dan jus lemon, ambil selang waktu yang lebih panjang, cuba selang waktu 20 minit.

Kenapa Perlu Bersihkan Usus Kita?

0 comments


Mengikut ramalan perubatan, kanser usus besar akan menjadi penyakit nombor satu yang membawa maut didunia menjelang tahun 2000!

Setiap tahun 6000 0rang menderita penyakit kanser kolon.
Kenapa ini berlaku?

Berlaku terutama dinegara membangun dan maju akibat makanan tak seimbang.
Di Amerika Syarikat 145,000 orang yang mengidapi kanser kolon membawa kematian 55,000 orang.

Di Malaysia -Populasi 100,000 - 30 orang mengidapi kaser kolon.1/3 meninggal dunia
Di Negara China, India 1:20 mendapat kaser kolon.

Semua ini Akibat daripada pemakanan protien haiwan dan lemak berlebihan
Hasil kajian :Tempoh sisa terlonggok berada dalam hubungan toksik dengan  usus.
Didapati najis yang dibuang setiap hari hampir tiada toksik.Najis yang berada dalam usus dan tidak dibuang, selepas 3 hari mempunyai toksik yang sangat tinggi, hanya dengan menyuntik kuantiti yang kecil pada badan tikus akan membunuhnya dengan serta merta.

Petikan: Kementerian Kesihatan Malaysia :- Dato Chua :

Lapuran pakar-pakar usus Jepun
Kebanyakkan masalah kesihatan bermula daripada usus yang penuh dengan najis terlonggok. Kebanyakkan individu normal mempunyai 6-10 paun najis terlonggok. Najis terlonggok yang gagal dikeluarkan pada jangkamasa yang lama, toksiknya akan diserap kedalam sistem darah dan diangkut ke hati. Ini akan menyebabkan hati kita rosak.Sistem pertahanan badan anda terganggu, metalbolisma sel tidak bagus.

KENAPA PERLU MEMBERSIHKAN USUS KITA ?
Semakin banyak bahan-bahan pencemar di dalam usus anda,maka semakin tinggilah risiko untuk mengidap penyakit kaser usus. Sungguh pun kita membuang najis setiap hari ,tetapi masih terdapat banyak sisa-sisa makanan yang terperangkap dalam usus kita dari 3 hidangan makanan yang kita ambil setiap hari. Tambahan pula, sistem penghadaman kita sendiri akan menghasilkan gas-gas yang toksik akibat daripada sisa-sisa makanan yang tertinggal ddalam usus kita kemudian mencemarkan saluran darah kita seterusnya menancam organ dan oto kita serta buah pinggang.

Petikan pakar kesihatan pada 14/5/1997 di SIN MING NEWs :-
Sisa-sisa makan didalam usus akan menghasilkan 22 jenis bahan toksik.

FATA PENTING TENTANG USUS

  •  Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intenstinal disorders.
  •  Usus kecil mudah untuk menyerap nutrasi.
  •  Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrasi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
  •  Usus yang besar boleh menyerap mineral dan air.
  •  Apabila membran usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit. ( Tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil )
  •  Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.

    SIMTOM-SIMTOM USUS YANG TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK 

  • Sakit belakang badan / Tengkuk dsn bahu

  • Masalah kulit 

  • Keletihan/ Lesu dan lenguh-lenguh

  • Demam serta selsema / Sembelit dan cirit-birit

  • Masalah penghadaman /  Angin

  • Sakit pada bawah perut sebelah kiri

  • Kembung 

  • perut 


Beberapa gambar yang usus  yang mengadungi toksik dan penyakit dari usus yang ada toksik


Lebihkan Serat Untuk Kesihatan Anda

0 comments
Diet serat menawarkan lebih manfaat untuk kesehatan terutama kesehatan pencernaan dan kesehatan secara keseluruhan. Serat dalam diet dapat ditemukan dalam buah – buahan, sayuran, biji – bijian dan kacang polong yang dikenal bermanfaat untuk mencegah dan mengurangi sembelit. Selain itu serat dapat memberikan manfaat antara lain sebagai sumber vitamin dan mineral, menurunkan resiko diabetes dan penyakit jantung.
Sumber serat berasal dari semua bagian dari makanan nabati yang tidak dapat dicerna atau diserap. Tidak seperti karbohidrat, lemak dan protein yang dapat diserap oleh tubuh, serat tidak dapat diserap dan tidak dicerna oleh tubuh, oleh karena itu serat melewati usus kecil, usus besar dan keluar dari tubuh dalam keadaan relative utuh. Serat memiliki beberapa peran penting dalam menjaga kesehatan. Serat terbagi atas dua yaitu serat yang larut dalam air dan serat yang tidak dapat larut dalam air.
Makanan sumber serat
diet2Makanan sumber serat meliputi dedak gandum, kacang-kacangan dan banyak sayuran merupakan sumber yang baik untuk serat larut. Selain itu gandum, kacang polong, buncis, apel, buah jeruk, wortel, barley dan psyllium merupakan sumber serat yang bermanfaat untuk menurunkan kolesterol dan kadar gula darah.
Pilihan terbaik untuk makanan sumber serat antara lain :
Biji-bijian dan produk gandum
Buah-buahan. Apel, pisang, jeruk, pir dan buah merupakan sumber yang baik serat. Kulit apel sangat baik sebagai sumber serat.
Sayur-sayuran terutama sayuran hijau
Buncis, kacang polong dan kacang lainnya
Kacang-kacangan dan biji-bijian
Manfaat diet tinggi serat
 Buang air besar normal. Serat meningkatkan berat dan ukuran tinja serta dapat melembutkan tinja. Serat dapat mepercepat pengeluaran tinja karena serat tidak dicerna maupun diserap. Serat dapat mengurangi gejala sindrom iritasi usus besar.
Membantu menjaga integritas usus dan kesehatan usus. Diet tinggi dapat menurunkan resiko wasir atau ambeien dan kantong kecil di usus besar (penyakit divertikular). Beberapa serat difermentasi dalam usus besar. Para peneliti melihat bagaimana hal ini dapat memainkan peran dalam mencegah penyakit usus besar.
Menurunkan kadar kolesterol darah. Serat larut ditemukan di buncis, gandum, biji rami dan dedak oat dapat membantu menurunkan kadar kolesterol darah total dengan menurunkan LDL kolesterol atau kolesterol jahat. Penelitian epidemiologi telah menunjukkan bahwa meningkat serat dalam diet dapat menurunkan tekanan darah dan peradangan, yang juga melindungi kesehatan jantung.
Membantu mengontrol kadar gula darah. Serat, khususnya serat larut, dapat memperlambat penyerapan gula, yang bagi penderita diabetes dapat membantu menurunkan tingkat gula darah. Sebuah diet yang meliputi serat tidak larut telah dikaitkan dengan penurunan risiko diabetes tipe 2.
Membantu dalam penurunan berat badan. Diet tinggi serat membutuhkan waktu yang lama untuk mengunyahnya sehingga memberikan waktu tubuh untuk memberikan sinyal kenyang sehingga membantu untuk menurunkan berat badan dan cenderung untuk tidak makan terlalu banyak. Selain itu diet serat cenderung untuk membuat makanan terasa lebih besar dan berlama – lama lagi sehingga perut lebih lama untuk terasa lapar kembali. Diet tinggi serat cenderung kurang kalori dan energy yang berarti sangat baik bagi orang yang berusaha menurunkan berat badan.
Mencegah kanker kolorektal. Beberapa penelitian menunjukkan manfaat tinggi serat dalam pencegahan kanker kolorektal namun beberapa penelitian tidak menunjukkan efek terhadap pencegahan kanker kolorektal sehingga masih dalam kontroversi. Apapun itu, serat telah terbukti untuk membantu kesehatan usus.
Efek samping diet tinggi serat
 Diet tinggi serat menimbulkan efek berupa kembung, produksi gas usus meningkat dan kadang – kadang kram. Untuk mengantisipasi hal ini maka diet tinggi serat harus perlahan – lahan dan bertahap selama beberapa minggu. Hal ini juga memberikan kesempatan bagi bakteri alami dalam sistem pencernaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Selain itu, minumlah banyak air karena serat bekerja lebih baik bila menyerap air dan membuat tinja menjadi lunak dan besar.
sumber : http://dokter-herbal.com/diet-tinggi-serat.html