Monday, September 9, 2013

Khasiat Epal Hijau Untuk Kesihatan Anda

0 comments
Sambil tu mari kita kongsi khasiat epal ni..ummi ambil info ni dari blog Dr. Rozmey

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.



EPAL HIJAU..mengandungi banyak khasiat

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Info dari   ladybird

p/s : Epal hijau yang masam tidak bagus untuk kesihatan otak.. tetapi epal hijau juga turut mengandungi khasiat yang tidak kurang pentingnya untuk kesihatan.. Pengambilan dengan kadar yang sederhana adalah baik.. Dalam ape2 jua keadaan, situasi.. pemakanan.. sederhana itulah yang paling baik daripada yang terbaik.. Allahua’lam..

Rawatan Alternatif Buang Batu Hempedu

0 comments
Ini adalah kaedah asal Dr. Lai Chiu Nan

Bahan-bahan 

Epal Hijau- 30 biji (utk 6 hari) ,
Lemon (3 biji)- setengah gelas
Garam Epsom – 2 susu teh
Minyak Zaitun/Olive Oil – setengah gelas

Cara yang saya buat;

Jus epal hijau melembut kan batu karang
Hari 1 hingga hari ke 6
- Minum jus epal minimum 4 gelas/5 biji epal/ minimum 1 liter sehari
- 1 gelas jus satu biji epal, sebab bulan puasa saya akan minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur, sebiji lagi makan begitu sahaja.
-Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa seeloknya jangan makan banyak.

Hari Ke 6
- Bulan puasa memang tak dapat lah nak puasa sebab siang kena makan seperti biasa pasal malam dah tak boleh makan.

Beli di Guardian – RM 5.70 * kedai ubat cina pun ada jual biasanya.- 6 petang – Minum setengah gelas air suam dicampur  1 sudu teh garam epsom

1 sudu teh garam epsom untuk membuka saluran hempedu
- 8 malam – Ulang minum air garam epsom

Beli di Giant- RM 40 ++ -1 liter,
fungsi melincirkan pengeluaran batu karang dari hempedu ke usus besar

Jus lemon *kulit sekadar hiasan - 10 malam – minum jus lemon campur minyak zaitun dapatkan anggaran 250 ml -suamkan gelas untuk mudahkan campuran jus.
- Tidur dan batu karang akan keluar keesokkan paginya melalui pembuangan air besar.

Proses pengeluaran batu karang seperti di bawah

Batu yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung. Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 50 biji bergantung pada keadaan hempedu kita ketika itu.
Keputusan: Petua ni memang menjadi, lebih dari 5o biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah. Untuk kesan lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat lagi sekali dan berikutan 6 bulan selepas itu.
Walaupun anda sihat petua ni elok di amalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati.